Pesanan daripada Doktor, Jururawat dan Pakar Kesihatan
Lindungi diri anda, lindungi masyarakat anda
Jangan menyebar virus antara satu sama lain.
Sentiasa berwaspada, kekal selamat
- Apabila berada di luar rumah, tutup rapat hidung dan mulut anda dengan pelitup muka. Menggunakan pelitup muka kain buatan sendiri juga boleh.
- Sabun boleh membunuh virus, maka cuci tangan dengan sabun dan air.
- Jangan balik kampung. Hanya jika perlu, pulang dengan kebenaran pihak polis.
- Jika anda perlu balik kampung, bersihkan diri dengan sabun dan air dahulu apabila sampai, sebelum menyentuh benda dan orang lain. Lindungi orang tersayang.
Lindungi keluarga anda
- Hanya berkumpul dengan individu dari rumah yang sama, untuk mengelakkan penularan virus.
- Sentiasa jarakkan diri anda lebih 1 meter jauh daripada individu yang bukan dari rumah yang
sama - Selepas bermain diluar, kanak-kanak harus membersihkan diri dengam sabun dan air sebelum
masuk ke rumah. - Pastikan ahli keluarga yang berumur dan mereka yang mempunya penyakit kronik selamat di
rumah.
Jika seseorang jatuh sakit
- Kunjungi hospital kerajaan atau Klinik Kesihatan terdekat
- Jika anda menemani pesakit, pastikan anda berdua memakai pelitup muka semasa dalam
perjalanan.Bersihkan diri anda menggunakan air sabun selepas berhubung dengan pesakit. - Orang lain juga perlu mengekalkan jarak selamat iaitu melebihi 1 meter dari pesakit
- Jika seseorang sakit tenat, hubungi 999 dengan segera
You may now download the visuals for different languages here.







