Pesanan daripada para Doktor,Jururawat dan Pakar Kesihatan anda Mengenai langkah ke hadapan
Meneruskan Amalan Baharu
Syabas,rakyat Malaysia! Terima kasih kerana telah melakukan perubahan. Anda semua telah memainkan peranan dalam mengawal penularan COVID-19. Namun,wabak ini masih belum berakhir. Saat kita melangkah ke hadapan, jangan lupa pengajaran yang telah kita pelajari. Kita tidak akan “kembali seperti biasa’, kita sedang membina ‘ kebiasaan baharu’ bersama-sama.
Kekal mengamalkan amalan baharu
Kerap basuh tangan dengan sabun,elakkan menyentuh muka, dan bawa cecair pembasmi kuman beralkohol bersama anda.Pakai topeng muka ketika anda berada di tempat awam.
Kekalkan jarak selamat antara satu sama lain
Walaupun sekarang kita dibenarkan ke tempat- tempat awam seperti pusat membeli belah, restoran dan kedai runcit, elakkan berada di tempat yang sesak dan sempit serta berbual pada jarak dekat. Sentiasa jarakkan kedudukan anda sekurang- kurangnya 1 meter dari orang lain.
Prihatin terhadap satu sama lain.
Dari semasa ke semasa, tanyalah khabar orang tersayang serta jiran tetangga.Teruskan saling menyokong antara satu sama lain.Masyarakat yang bersatu padu mampu membantu kita mengharungi peralihan yang lebih lancar ke arah kebiasaan baharu.
Dapatkan Maklumat Sahih
Pastikan anda sentiasa memeriksa sumber apabila membaca mahupun berkongsi maklumat tentang COVID-19. Dapatkan maklumat yang boleh dipercayai melalui Kementerian Kesihatan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) dan persatuan ahli Gabungan Kesihatan Malaysia (MHC).Pastikan kesahihan berita di www.sebenarnya.my.
You may now download the visuals for different languages here.







