Pesanan ini daripada para doktor,jururawat dan pakar kesihatan mengenai penggunaan kawasan umum
Kekal selamat- Perjuangan masih belum berakhir!
Pelbagai lapisan masyarakat,daripada golongan kanak- kanak hingga dewasa boleh dijangkiti.
Elak daripada kawasan tertutup, sempit dan sesak
- Ruang tertutup yang sempit dan sesak adalah tempat berisiko tinggi. Ini kerana, pergerakan udara kurang di kawasan sedemikian dan menyebabkan titisan jangkitan terperangkap.
- Jika boleh, elakkan daripada berada di kawasan ini
Pakailah penutup muka jika anda keluar
Jika anda perlu berada di kawasan umum,pastikan anda memakai penutup muka. Ia mampu melindungi anda dan orang sekeliling daripada terdedah kepada titisan yang di jangkiti.
Elakkan menyentuh permukaan yang biasa digunakan
Elakkan menyentuh permukaan yang kerap digunakan dengan tangan anda seperti butang lif,pen,dan pemegang tangga. Jika tidak dapat dielakkan,cuci tangan anda menggunakan sabun atau cecair pembasmi kuman beralkohol dengan segera. Jangan sentuh muka anda.
Berikan maklumat peribadi dengan tepat untuk pengesanan kontak
Sila berikan data peribadi yang tepat ketika memasuki kedai,restoran mahupun kawasan umum lain. Langkah ini membantu KKM menjalankan pengesanan kontak sekiranya terdapat kes positif yang dilaporkan di kalangan pelanggan. Mainkan peranan anda bagi membantu keberkesanan proses ini!
Buangkan penutup muka dengan selamat
Buang terus penutup muka pakai buang sebaik sahaja anda pulang ke rumah. Bagi penutup jenis kain, selalulah basuh dengan air dan sabun.
Laporkan sebarang kelakuan tidak selamat kepada pihak berkuasa
Jika anda ternampak seseorang berkelakuan dengan cara tidak selamat,beritahu pengurus premis,pengawal atau polis.Perjuangan melawan COVID-19 memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Bersama-sama kita hadapinya
You may now download the visuals for different languages here.







