Pesanan daripada doktor,jururawat dan pakar kesihatan anda
Panduan untuk kekal ceria dan sihat sepanjang Ramadan
Mulakan kebiasaan baharu, namun kekalkan langkah berjaga-jaga
Walaupun PKP diberi kelonggaran, langkah berjaga-jaga jangan ditinggalkan. Teruskan amalan membasuh tangan secara kerap, penjarakan fizikal di tempat-tempat awam, elakkan perhimpunan besar- besaran dan keluar jika ada keperluan sahaja.
Kekal aktif dengan kerja-kerja rumah
Bersenam bagi mengekalkan kesihatan fizikal adalah penting, namun kita harus berhati- hati ketika melakukan aktiviti di luar. Melakukan kerja- kerja rumah merupakan cara terbaik untuk memastikan tubuh kita kekal aktif. Jadikannya satu aktiviti keluarga dan kekal aktif bersama walaupun berada di rumah.
Tidak serupa tetapi sama
Kita mungkin teringin untuk berbuka puasa bersama rakan dan keluarga setelah restoran- restoran dibenarkan beroperasi kembali.Tapi ingat, Covid19 masih belum lenyap. Kita sepatutnya terus kekal di rumah dan hanya pergi ke restoran untuk membeli makanan sahaja dan berbukalah dengan mereka yang tersayang melalui atas talian atau video.
Pemakanan sihat untuk kekal cergas
Bagi memastikan kesihatan optimum ketika ini, penting untuk amalkan makan secara sihat. Kurangkan pengambilan makanan yang diproses, bergula dan berminyak. Seboleh-bolehnya, lebihkan pemakanan bahan-bahan yang segar.
You may now download the visuals for different languages here.







