daripada doktor, jururawat dan pakar kesihatan anda
Warga emas, individu berpenyakit kronik dan golongan kurang upaya adalah kumpulan berisiko tinggi. Mereka bakal terjejas dengan gangguan perkhidmatan kesihatan disebabkan Covid-19.
Ambil ubat seperti yang diarahkan
Jika anda mempunyai penyakit kronik, pastikan bekalan ubat anda tidak terputus. Bekalan ubat susulan boleh didapati menerusi perkhidmatan tambahan yang disediakan oleh KKM seperti Pos Malaysia, Pandu Lalu dan Locker4U. Ini bagi memastikan bekalan ubat anda mencukupi sepanjang tempoh PKP. Hubungi Klinik Kesihatan berhampiran atau Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) di talian 1-800-88-6722 untuk bantuan.Jika anda mempunyai kenalan berpenyakit kronik, bantulah mereka mendapatkan bekalan ubat jika berkesempatan.
Simpan nombor-nombor kecemasan
Hubungi 999/ ambulans
Jika berlaku kecemasan, hubungi 999 dengan segera. Maklumkan kepada jiran yang dipercayai untuk menghubungi keluarga anda atau saudara terdekat. Jika boleh, pastikan mereka memiliki nombor-nombor kenalan anda terlebih dahulu. Dalam situasi begini, setiap minit amatlah penting.
Buat masa sekarang, biar kita jauh di mata, namun dekat di hati
Berjauhan daripada orang tersayang semasa tempoh PKP adalah cara terbaik untuk menunjukkan kasih sayang kepada mereka. Elakkan berjumpa dengan keluarga dan rakan-rakan terutamanya warga emas atau yang mempunyai penyakit kronik, kecuali jika ada kecemasan tertentu. Lindungilah kesihatan mereka dengan hanya berhubung melalui panggilan telefon, panggilan video atau media sosial.
Ambil berat terhadap penjaga pesakit
Tempoh ini adalah waktu yang sukar untuk penjaga pesakit. Mereka mungkin mengalami tekanan atau keletihan melampau. Berbuat baiklah kepada mereka. Bantulah meringankan beban mereka sebagai tanda penghargaan. Sebagai contoh, membelikan makanan dan barangan keperluan mereka. Kesejahteraan mereka turut memberi kesan kepada anda.
You may now download the visuals for different languages here.







