Pesanan daripada Doktor, Jururawat dan Pakar Kesihatan Apabila Kembali Bekerja
Jangan Lupa Perkara Yang Boleh dan Dilarang
Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan diberi kelonggaran, rakyat Malaysia harus sentiasa berwaspada akan tingkahlaku masing-masing. Daripada perihal kebersihan diri sehinggalah penjagaan jarak sosial, di sini ada beberapa petua untuk diikuti semasa di rumah atau di tempat kerja.
Jaga jarak dari orang lain
Pastikan jarak fizikal lebih dari 1 meter dan pakai topeng muka ketika berada di tempat awam, termasuk ketika beratur dan di tempat kerja anda. Sebolehnya, gunakan tangga untuk mengelak daripada bersesak di dalam lif.
Duduk di rumah jika tidak sihat
Maklumkan kepada pengurus atau penyelia, sekiranya anda berasa tidak sihat, dan duduk di rumah. Sekiranya perlu, kunjungi klinik berdekatan atau hubungi talian hotline Kementerian Kesihatan untuk mendapatkan bantuan.
Berhati-hati ketika menggunakan tandas awam
Sentiasa amalkan kebersihan diri ketika menggunakan tandas awam kerana ia kawasan berisiko tinggi. Guna cecair pembasmi kuman di tombol pintu tandas apabila keluar dan masuk .Paling penting, basuh tangan anda sebersihnya menggunakan sabun setelah selesai.
Elakkan berkumpul dengan rakan-rakan sekerja
Elakkan perjumpaan berkaitan kerja seperti mesyuarat berkumpulan dan penggunaan ruang umum. Jika tidak dapat dielakkan, penjarakan sosial lebih dari satu meter mesti diamalkan. Tidak digalakkan berkongsi peralatan atau barangan pejabat kecuali jika terpaksa. Tidak dibenarkan bersosial sama ada berkaitan kerja mahu pun tidak.
Lindungi keluarga anda apabila pulang ke rumah
Sekembalinya dari tempat kerja, elakkan daripada menyentuh sebarang permukaan dan berinteraksi dengan ahli keluarga. Terus mandi serta rendam pakaian dalam air bersabun untuk membasmi kuman.
You may now download the visuals for different languages here.







