About Us / Tentang Kitak
Kamik nin adalah gabungan profesional penjagaan kesihatan, persatuan dan pertubuhan yang berdedikasi untuk bagi maklumat yang penting kepadak rakyat Malaysia bukan hajak untuk COVID-19 tapik jugak untuk meningkatkan kesihatan awam dengan menyokong Kementerian Kesihatan. Samak-samak lah bantuk sebarkan mesej darik kami nin.
Please share our page / Sila kongsi laman kitak
Quick Links / Pautan Yang Cepat
Thank You for Your Cooperation / Terima Kasih atas Kerjasamak Goong Muhai

- Jadilah wargak yg prihatin dan penyayang.
- Kitak semuhak mampuk membantuk orang lain.
- Kitak semuhak mampuk menjadik wargak yang sihat.
Returning to Work / Pesan Darik Doktor, Misi Dan Pakar Kesihatan Apabilak Kejak Balek






Protect Yourself, Protect Your Community / Lindungi Dirik Kitak, Lindungi Urang Kitak


- Apabilak beradak deket luar rumah, tutup rapat hidung dan mulut kitak dengan penutup mukak. Gunak penutup mukak jenis kain buatan sendirik pun boleh jugak.
- Sentiasak gunak Sabun untuk menghindarkan virus,Jadik cucik lah tangan dengan sabun dan air.
- Jangan balik kampung ,tonggoi duluk ,masak ni belum buleh balik . Kalau perlujugak, balik dengan kebenaran pihak polis.
- Kalau dah deket balik kampung, bersihkan dirik dengan sabun dan air dahuluk apabila sampai deket rumah, sebelum menyentuh benda dan urang lain. Lindungilah urang yang kitak sayang.

- Berkumpul dengan urang dari rumah yang samak hajak, untuk mengelakkan virus merebak.
- Sentiasak jarakkan diri kitak lebih 1 meter jauh darik urang yang bukan dari rumah yang samak.
- Selepas bermain deket luar, budek-budek harus membersihkan diri denganj sabun dan air sebelum masuk ke rumah.
- Pastikan ahli keluarga yang tuhak dan gidi yang adak penyakit kronik selamat deket rumah.

- Datanglah ke hospital kerajaan atau Klinik Kesihatan yang deket.
- Jika kitak sedang bersamak urang yang sakit, pastikan kitak berduak pakaii penutup mukak semasak dalam perjalanan.Bersihkan diri kitak dan gunakan air sabun selepas berjumpa dengan urang yang sakit.
- Urang lain jugak perlu kekalkan jarak selamat iaitu melebihi 1 meter dari urang yang sakit.
- Kalau adak seseorang sakit tenat, hubungilah 999 dengan cepat.
Quick Links / Pautan Yang Cepat
Public Spaces / Pesanan Nin Darik Para Doktor,Misi Dan Pakar Kesihatan Mengenai Penggunaan Kawasan Umum







Moving Forward / Pesanan Daripadak Doktor,Misi Dan Pakar Kesihatan Kitak. Berkaitan Langkah Ket Masak Yg Hadapan.

Tahniah,rakyat Malaysia! Terimak kaseh keranak telah buat perubahan. Goong muhai telah memainkan peranan dalam mengawal penyebaran COVID-19. Tapikpenyakit nin masih belum habis lagik. Padak masak kita ke depan, jangan lupak pengajaran yang telah kitak pelajari nin. Kitak nyap akan “kembalik macam sepertik biasak, kitak sedang membinak ‘ kebiasaan baharuk’ bersamak-samak.

Selaluk basuh tangan dengan sabun,elakkan sentuh padak mukak, dan bawai cecair pembasmi kuman beralkohol bersama.Pakai topeng mukak ketikak kitak beradak di tempat awam.

Walaupun genen kitak dibenarkan ke tempat- tempat awam sepertik pusat membeli belah, restoran dan kedai runcit, kalau bulih elakkan beradak di tempat yang sesak dan sempet dan berbual padak jarak deket. Sentiasak jarakkan kedudukan kitak sekurang- kurang hek 1 meter dari urang lain.

Dari harik ke harik,tanyailah khabar ket urang tersayang seretak jiran tetangga.Terus saling menyokong antarak satuk samak lain.Masyarakat yang bersatuk paduk mampu membantuk kitak bersamak-samak mengharungi peralihan yang lebih elok ke arah kebiasaan yang baharuk nin.

Selaluk sentiasa memerisak sumber beritak apabilak membacak atau berkongsik maklumat pasal COVID-19.Dapatkan maklumat yang buleh dipercayak melalui Kementerian Kesihatan,Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan persatuan ahli Gabungan Kesihatan Malaysia (MHC).Pastikan jugak samak adak betul koh nyap beritak di www.sebenarnya.my.
Downloads / Muat Turun
Klik pautan deket bawah tuk untuk memuat turun kandungan fail.
- Returning to Work / Pesan Darik Doktor, Misi Dan Pakar Kesihatan Apabilak Kejak Balek
- Protect Yourself, Protect Your Community / Lindungi Dirik Kitak, Lindungi Urang Kitak
- Public Spaces / Pesanan Nin Darik Para Doktor,Misi Dan Pakar Kesihatan Mengenai Penggunaan Kawasan Umum
- Moving Forward / Pesanan Daripadak Doktor,Misi Dan Pakar Kesihatan Kitak. Berkaitan Langkah Ket Masak Yg Hadapan.